Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 16 Nov 2018
Versi 8.1.2
Jumlah Pelawat
1266994
<<November, 2018>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 


Tiada Acara pada masa ini

Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice)Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice)

Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice)

 

Ia merupakan bangunan tertua di Sri Aman yang dibina pada tahun 1864 semasa pemerintahan Rajah Brooke yang kedua, Sir Charles Brooke. Kubu ini diberi nama Alice, iaitu nama isterinya Margaret Alice Lili de Windt.

Selain dijadikan kubu pertahanan, ia juga telah digunakan sebagai rumah pegawai kerajaan, pejabat-pejabat kerajaan, pejabat mahkamah dan balai polis. Ia terletak di atas sebuah bukit kecil dan ini menjadikan ia amat sesuai untuk mengnakluki kedua tebing sungai. Kubu ini dibinakan dengan menggunakan kayu belian. Ia hanyalah satu-satu kubu yang berbentuk segiempat dengan menara ditiap-tiap sudutnya. Apa yang menarik tentang kubu ini ialah ruang tengahnya yang mempunyai sebuah halaman yang luas, sebuah jambatan yang mana dapat di turun-naikkan dan tangga yang digunakan jika ada serangan musuh serta di sekelilingnya dipagar dengan dawai besi tajam. Kubu yang dibinakan di tempat strategik di Skrang ini adalah untuk mengawalkan serangan kaum Dayak Skrang dan menyerang kapal-kapal dan juga pemotong kepala suku kaum yang lemah iaitu kaum Balau dan dayak Sebuyau di hilir Batang Lupar.

 

Waktu buka

Isnin sehingga Jumaat (9.00 pagi - 4.45 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (10.00 pagi - 4.00 petang)

Dibuka setiap hari kecuali pada hari pertama cuti umum, Hari jadi T.Y.T.,

Hari Buruh dan Hari Malaysia.


Bayaran kemasukkan

Percuma

Lokasi

Sri Aman