Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 22 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
458930
<<November, 2017>>
SMTWTFS
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930 


Tiada Acara pada masa ini

Hasil Kerja LogamHasil Kerja Logam

 

Kerja Logam

Seni Logam telah dikenali di Borneo semenjak beratus-ratus tahun dahulu sehinggalah sekarang. Perhubungan dengan China, India dan beberapa negeri dari Timur Tengah telah mempengaruhi ciri-ciri kraftangan logam di Sarawak.

Seni Logam tembaga lebih diminati di Sarawak – gabungan besi merah lembut dan zink adalah lebih senang untuk dibuat dan harganya lebih murah. Selain daripada itu, peralatan harian termasuk gong, kacip dan tepak sirih untuk menyimpan pinang, sirih dan kapur yang kesemuanya dikunyah bersama.

Perhiasan biasa di rumah panjang ialah gong. Gong yang paling besar dikenali sebagai tawak. Engkerumong pula merupakan set gong yang kecil tidak berukir yang biasanya disusun di atas rak yang melintang. Gong biasanya dipukul mengikut alunan muzik dan ia merupakan muzik latar untuk tarian tradisional di rumah panjang.

Kesemua peralatan tembaga ini disimpan sebagai harta pusaka dan hantaran perkahwinan dan ia juga merupakan salah satu symbol kekayaan dan kekuasaan pemiliknya.