Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 19 Sept 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
332634
<<September, 2017>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930


Tiada Acara pada masa ini

Seni IslamSeni Islam

 

Seni Islam

Adalah dipercayai Islam telah diperkenalkan di rantau ini oleh pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam dari Timur Tengah, India dan China. Walaubagaimanapun, sejarah Islam di negeri Sarawak berkait rapat dengan sejarah Pulau Borneo terutama sekali Brunei. Ternyata polisi kerajaan mempunyai pengaruh kuat terhadap kedudukan Islam di Sarawak. Sultan Brunei memainkan peranan utama dalam menyebarkan Islam kepada penduduk Sarawak. Ajaran yang terdapat didalam Al-Quran dan undang-undang Syariah telah membentuk cara hidup individu Muslim dan ia juga telah memberi inspirasi dalam senibina Islam dan ia diperkayakan dengan cetusan nila-nilai Islam.

Objektif utama dalam senibina Islam adalah untuk melahirkan rasa ketegangan, keharmonian dan kemanusiaan dan bukannya untuk diagung-agungkan dan disembah. Senibina Islam hanyalah satu pembangunan yang lahir daripada kreativiti pengukir berdasarkan sumber inspirasi daripada Al-Quran dan melahirkan bentuk-bentuk geometri, kaligrafi dan warna. Rekabentuk ini melambangkan rasa syukur dan kekuasaan Allah.

Beberapa koleksi senibina Islam dipamerkan di Muzium Warisan Islam Sarawak. Antaranya "Daun Pintu"; pintu kayu yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang berwarna emas dan merah. Pintu seperti ini biasanya digunakan di dalam rumah orang-orang Melayu sewaktu abad ke 15 dan ke 16. Selain daripada itu, ukiran kaca bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan kaligrafi juga boleh didapati di galeri Muzium Warisan Islam Sarawak. Biasanya ia digunakan di rumah tradisional orang Melayu yang mempunyaiketinggian 240 cm dan 480 cm lebar yang diukir untuk membolehkan sistem pengudaraan yang baik dan cahaya memasuki bilik.

Pada zaman keagungan Islam, senjata digunakan oleh orang Islam untuk mempertahankan diri mereka dari ancaman musuh. Antara jenis senjata yang digunakan adalah parang, tombak, senapang dan lain-lain. Pahlawan-pahlawan Islam yang terkenaldan mahir menggunakan senjata ialah Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Ali dan Khalid Al Walid.

Kehebatan menggunakan pelbagai jenis senjata dapat menggambarkan ketinggian tamadun Islam dalam usaha mempertahankan diri daripada ancaman musuh serta memerangi musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan Islam. Kehebatan pengukir sewaktu zaman keagungan Islam dalam mengukir senjata-senjata mengadunkan simbol peperangan dan kehalusan nilai seni. Pengukir cuba menggambarkan semangat jihad dan keagungan Allah melalui seni ukir dan reka bentuk pada setiap senjata yang diukir. Berdasarkan kegemilangan Islam pada masa lampau membolehkan Islam bertakhta di hati setiap muslim yang beriman pada masa kini.

Keris merupakan salah satu senjata yang terkenal dikalangan orang Melayu. Sebagai contoh, Keris Bugis dijumpai di Celebes pada abad ke 17 menyerupai bentuk Semenanjung. Hulunya dibuat daripada gading dan mempunyai pendongkok perak pada permukaannya. Mata kerisnya lurus dan mempunyai perabong di tengah. Sarung keris dibuat daripada perak yang berukir dimana bahagian atas sarung tersebut terdapat lambing kepala manusia. Bahagian hujung sarung keris telah pun rosak. Manakala pada bahagian belakang sebelah kanan sarung keris terdapat perkataan ‘Allah’ dalam tulisan Arab.

Senibina Islam tidak dapat lari dari seni khat berdasarkan petikan daripada ayat Al-Quran ataupun paling ringkas perkataan ‘Allah’ dan ‘Nabi Muhammad’ dalam tulisan Arab.