Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 30 Mac 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
105563
 
Ritual/Upacara KeagamaanRitual/Upacara Keagamaan

 

Ritual/Upacara Keagamaan

Kebanyakan upacara keagamaan yang dijalankan oleh orang-orang asli di Sarawak pada zaman dahulu selalunya menggunakan barang-barang seperti kayu yang diukir mengikut kepercayaan. Antara ukiran kayu yang terkenal adalah kayu yang diukir berbentuk imej dan topeng. 

Terdapat dua jenis struktur yang dibina iaitu Keliring (tiang kubur) dan Salong (lubang kubur). Keliring dibuat daripada batang kayu yang besar dan keras yang diukir dari atas hingga ke bawah. Terletak di tepi bahagian atas adalah ruang untuk mayat hamba abdi dan pengikut. Sementara lubang atas adalah tempat menyimpan tempayan yang mengandungi tulang ketua. Lantai batu berat terletak di atas lubang tersebut. Saiz diameter biasanya lebih daripada enam kaki dan boleh mencapai sehingga 32 kaki tinggi dan biasanya dimiliki oleh golongan berada.

Pondok Salong disokong sama ada oleh satu ataupun maksimumnya empat tiang yang tinggi. Pondok pengebumian selalunya dimiliki oleh golongan aristokrat diman tulang mereka diletakkan di dalam tempayan dan diletakkan di ruang pondok yang dipenuhi hiasan berbentuk putaran dan motif.

Burong Kenyalang dianggap sebagai burung yang paling suci diantara burung-burung. Satu perayaan khas, Gawai Burong selalunya diadakan untuk menghargai Sengalang Burong, nenek moyang kaum Iban. Pada perayaan ini, imej burung kenyalang diukir dan dipamerkan serta diarak sepanjang rumah panjang. Ianya juga dihiasi dengan alat kemas dan dijamu dengan makanan sebelum diletakkan di atas tiang.

Secara tradisinya, kaum Melanau mempunyai sistem upacara yang lengkap bagi menyembuhkan sebarang jenis penyakit yang diketuai oleh bomoh atau dukun yang akan cuba menghalau roh jahat keluar dari tubuh pesakit. Semakin serius penyakit yang dihadapi maka semakin sulitlah upacara yang dijalankan. Bagaimanapun, jika semua ini menemui kegagalan maka semangat bayoh akan menjalankan upacara berayun dibantu dengan patung penyakitan yang diukir. 

Patung penyakitan (Bewon) akan diukir dengan segera dari kayu lembut. Mereka mengambil bentuk semangat yang dipercayai menyebabkan penyakit tersebut. Dukun menggunakan patung untuk memindahkan semangat selepas itu patung tersebut ditenggelamkan dalam sungai atau disembunyikan di dalam hutan.

Bagi orang Kenyah, topeng kayu tradisional biasanya digunakan dalam upacara menuai, yang diukir penuh dengan mata terkeluar.

Tiada Pengumuman pada masa ini


Tiada Acara pada masa ini