Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 27 Mei 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
145382
 
TekstilTekstil

 

Tekstil

Tekstil utama masyarakat Iban adalah pua, juga dikenali sebagai selimut (kumbu) tetapi lebih wajar dipanggil kain. Tenunannya lebih halus berbanding anyaman ikat yang lain dimana ianya kaya dengan simbol alegori. Ikat pua kumbu amat terkenal sebagai barang budaya di Sarawak.

Funsi pua kumbu adalah pelbagai dan memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat Iban. Ianya digunakan untuk pelbagai upacara: kelahiran, perkahwinan, pengebumian dan perubatan dan tidak ketinggalan juga upacara bercucuk tanam. Sebaik sahaja seorang bayi itu lahir dan dibersihkan, bayi tersebut dibaringkan diatas pua kumbu. Pada upacara pertama iaitu semasa hendak memandikan bayi itu di sungai, bayi tersebut diselubungkan dengan kain tersebut dan diiringi ke tempat permandian. Semasa upacara perkahwinan, pua kumbu digunakan untuk menghiasi ruang persandingan. Pasangan pengantin akan duduk di atas gong di bawah kanopi pua kumbu dan bersedia untuk menerima restu daripada orang-orang tua. Pua kumbu juga dijadikan sebagai sebahagian daripada hantaran pengantin.

Apabila salah seorang saudara mara meninggal dunia, pua kumbu akan digantung sebagai langsir untuk melindungi si mati. Pua kumbu juga digunakan sebagai pandong untuk menyimpan pemberian dalam upacara penanaman. Pada zaman dahulu, pua kumbu digunakan dalam majlis untuk mengalas kepala-kepala yang diperolehi dari perang yang berjaya dimenangi.

Pua kumbu juga dikenali sebagai selimut rohani. Coraknya mengandungi maksud dan tenaga. Semakin bertenaga coraknya, semakin dekatlah seseorang Iban itu dengan dunia ghaib dan semakin berbahaya kepada si penenun kerana ia cuba menyerap tenaga dan semangat ghaib ke dalam hasil tenunannya. Hasil tenunan itu nanti boleh melindungi si pemakai. Oleh itu, tenunan pua kumbu dalam konteks tradisional amat besar maknanya dalam menentukan kedudukan seseorang wanita.

Corak yang dihasilkan pada setiap tenunan adalah berdasarkan motif-motif yang sering ditemui pada seni corak Sarawak. Simbol yang biasa digunakan adalah burung, rusa, ular, lintah, tupai, katak, bunga dan buah-buahan. Simbol tertinggi adalah daripada manusia dan semangat.

Tenunan unggul yang lain adalah kain songket. Ia adalah buatan tangan dan daripada benang emas dan perak digabungkan dengan benang kapas yang halus ataupun sutera. Ianya hampir serupa dengan kain songket yang dihasilkan di Kelantan dan Indonesia.

Walaubagaimanapun di Sarawak, kain songket dianggap hasil warisanKesultanan Brunei. Kain tersebut biasanya sepanjang dua setengah ela atau sama panjang dengan skirt. Oleh kerana pengaruh agama, penenunnya memilih corak bunga-bungaan, roset, bintang dan jalur geometrik. Dahulu kain songket hanya dipakai semasa upacara penting dan perayaan oleh golongan aristokrat. Kini telah terbukti bahawa songket dianggap sebagai pakaian untuk semua golongan didalam masyarakat Melayu dan coraknya telah diterima sebagai fesyen terkini. 

Tiada Pengumuman pada masa ini


Tiada Acara pada masa ini