Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 27 Mei 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
145343
 
Seni HiasanSeni Hiasan

 

Seni Hiasan

Satu lagi penampilan kesenian dalam perhiasan diri ialah cacah. Ianya banyak dipraktikkan oleh masyarakat tempatan Sarawak terutama sekali oleh orang-orang Kayan, Kenyah dan Iban.

Pelbagai bentuk cacah dilukis dan hanya beberapa jenis yang tertentu sahaja dianggap sesuai untuk bahagian badan. Sebagai contoh, bentuk bulat sesuai untuk bahagian bahu, dada atau bahagian luar pergelangan tangan. Sementara bentuk yang selalunya besar seperti anjing, kala jengking atau naga, dilukis di bahagian yang lebih besar seperti paha. Dikalangan orang Iban, hanya satu bentuk tertentu dikhaskan pada leher.

Tujuan untuk bercacah adalah banyak dan sukar untuk difahami. Pada zaman silam, apabila tangan seseorang itu dicacah, ianya bererti berani dalam peperangan atau seseorang itu pernah memenggal kepala manusia.

Dikalangan orang Kayan, kaum lelaki dan wanita turut mempunyai cacah. Wanita Kenyah dan Kelabit juga mempunyai cacah. Secara tradisinya, golongan yang berada bagi wanita Kenyah dan Kayan mempunyai lengan dipenuhi cacah yang dilukis pada lengan dari jari hingga ke siku dan pada kaki dari bawah lutut hingga bahagian atas paha sebagai simbol status mereka.

Kaum lelaki dan wanita juga menghiasi diri mereka dengan gelang yang diperbuat daripada tembaga dan cengkerang siput, dan anting-anting tembaga dan plumbum. 

Tiada Pengumuman pada masa ini


Tiada Acara pada masa ini