Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 25 Sept 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
342801
<<September, 2017>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930


Tiada Acara pada masa ini

Muzium Warisan IslamMuzium Warisan Islam

          Muzium Warisan Islam telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, pada 22 Mei 1992. Bangunan tersebut dahulunya merupakan James Brooke Malay College dan kemudian diambil-alih dan diubah-suai bersesuaian dengan tarafnya sebagai muzium.

          Pada tahun 1930 bangunan ini dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Ianya digunakan khas untuk melatih lebih ramai guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam membangunkan masyarakat Melayu itu sendiri (Sarawak Gazette, 2 Mac, 1931). Sekolah-sekolah pada masa tersebut amat mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris tetapi masih kekurangan guru Melayu yang berkelayakan.

          Bangunan tersebut memiliki lantai yang ditinggikan dan ruangannya berbentuk segiempat dengan tiga ruang tambahan berserta dua laman dalaman. Reka bentuknya amat unik dan dikatakan satu-satunya yang ada di negeri ini. Hampir keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada konkrit dan kayu manakala atapnya adalah atap genting.

          Objektif utama mendirikan muzium ini adalah untuk memperkenalkan kepada rakyat di negeri ini dan juga para pelawat akan keunikan ketamadunan Islam dalam suasana masyarakat Sarawak. Dalam erti kata lain, dengan penubuhan muzium ini, adalah diharapkan rakyat akan lebih menghargai dan memahami sumbangan Islam terhadap ketamadunan manusia sejagat.

          Muzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri. Setiap galeri mempamerkan bahan yang berkaitan dengan sesuatu disiplin seperti yang dinyatakan di bawah: 

 

Galeri Pertama Sejarah Islam di Sarawak
Galeri Kedua Seni Rekabentuk Islam
Galeri Ketiga Sains, Teknologi, Ekonomi, Pendidikan dan Kesusasteraan
Galeri Keempat Kostum, Muzik, dan Barangan Peribadi
Galeri Kelima Persenjataan
Galeri Keenam Seni hiasan dan alat-alat domestik
Galeri Ketujuh Koleksi kitab Al-Quran

 

 

 

Waktu Lawatan

Isnin Hingga Jumaat

9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

10:00 pagi - 4:00 petang

Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja & Hari Malaysia

Tutup

Kemasukan

Percuma

Lokasi

Kuching