Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 26 Mei 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
144921
 
Muzium Wilayah LimbangMuzium Wilayah Limbang

 

          Muzium Wilayah Limbang dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Adenan Haji Satem, Menteri Pembangunan Sosial pada tanggal 27 Ogos 1994. Muzium ini adalah merupakan kubu lama yang dibina dalam tahun 1897.

          Bangunan dua tingkat ini telah diubahsuai dalam tahun 1966. Seperti kubu-kubu lain, ia berperanan sebagai kubu pertahanan daripada serangan pemberontak dan kemudiannya dijadikan pusat pentadbiran. Tiang, atap, dinding dan bahagian atas bangunan tersebut diperbuat daripada kayu belian manakala lantai bawahnya diperbuat daripada konkrit.

          Semasa zaman pemerintahan Brooke, sebahagian daripada paras bawah digunakan sebagai tempat tahanan manakala sebahagian lagi digunakan sebagai stor. Paras atas pula menempatkan pejabat Residen dan Pegawai Daerah serta para pekerjanya. Bangunan tersebut kemudian diambil alih oleh Majlis Islam sebelum dijadikan muzium. 

          Bangunan yang asal telah dirobohkan pada tahun 1989 dan dibina semula pada tapak yang sama dengan mengekalkan ciri-ciri asal bangunan. Muzium ini mempamerkan sejarah dan kebudayaan rakyat di Wilayah ini seperti alat buluh, cara pembuatan garam, seni manik, pakaian daripada kulit kayu, barangan logam, bakul dan sebagainya.

 

Waktu Lawatan

Selasa Hingga Jumaat

9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu & Ahad

10:00 pagi - 4:00 petang

Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Isnin, Hari Pekerja & Hari Malaysia

Tutup

Kemasukan

Percuma

Lokasi

Limbang

 

Tiada Pengumuman pada masa ini


Tiada Acara pada masa ini