|
Semasa Zaman
pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang
Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu,
tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada
masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi,
bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam
semulajadi di Sarawak.
Pada tingkat
bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna
Sarawak -seperti reptilia , mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan.
Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell -
industri petroleum di Sarawak.
|
|