- Pertandingan mencipta tema dan logo ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Sarawak.
- Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin di Negeri Sarawak sahaja.
- Penyertaan adalah terbuka kepada peserta perseorangan.
- Ciptaan rekabentuk hendaklah asli dan tidak dipetik atau diubahsuai daripada ciptaan-ciptaan yang sedia wujud.
- Ciptaan rekabentuk hendaklah menggambarkan nama acara Sambutan 45 Tahun Sarawak Merdeka.
- Ciptaan rekabentuk hendaklah diterangkan dengan lengkap dalam Bahasa Malaysia dan perkataan dalam tema dan logo hendaklah juga dalam Bahasa Malaysia.
- Penyertaan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang penyertaan bersama ciptaan rekabentuk berukuran A4 quality art paper dengan cara dan bentuk yang bersesuaian serta dalam bentuk softcopy sama ada dalam CD atau diskette. Borang penyertaan boleh diperolehi daripada pihak Urusetia di alamat seperti dinyatakan di bawah atau dimuatturun dari www.museum.sarawak.gov.my
- Peserta dibenarkan mengemukakan tidak lebih daripada dua (2) penyertaan sahaja.
- Borang penyertaan berasingan hendaklah digunakan untuk setiap ciptaan.
- Panel Hakim/pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan atau menarik balik sebarang keputusan serta hadiah/anugerah jika didapati mana-mana penyertaan dikemukakan dengan menggunakan nama pihak lain.
- Ciptaan yang pernah dipertandingkan pada tahun-tahun yang lepas sama ada di peringkat awal atau final atau dalam pertandingan-pertandingan lain tidak layak menyertai pertandingan ini.
- Hadiah-hadiah adalah seperti di bawah:
| Pemenang Mencipta Logo |
RM4,000.00 Piala dan Sijil Penyertaan |
| Pemenang Mencipta Tema |
RM1,000.00 Piala dan Sijil Penyertaan |
| 3 Hadiah Sagu Hati Mencipta Logo |
RM300.00 dan Sijil Penyertaan |
| 3 Hadiah Sagu Hati Mencipta Tema |
RM100.00 dan Sijil Penyertaan |
- Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan/bantahan tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan sekiranya didapati tidak mematuhi mana-mana syarat pertandingan.
- Tanda atau Pengesahan Pos tidaklah boleh dianggap sebagai pengesahan penerimaan mana-mana penyertaan oleh pihak penganjur.
- Hak cipta bagi semua ciptaan yang dikemukakan untuk pertandingan ini menjadi hal milik Kerajaan Negeri Sarawak dan berhak melakukan apa jua perubahan.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta di sisi undang-undang jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan, kemalangan terhadap peserta dan harta dalam masa atau berhubung dengan tugas-tugas pertandingan.
- Pihak penganjur berhak memutuskan sesuatu yang tidak terkandung dalam syarat dan yang berkaitan dengan pertandingan ini.
- Setiap penyertaan boleh dihantar melalui pos atau menghantarnya sendiri dengan ditulis “Pertandingan Mencipta Tema dan Logo Sambutan 45 Tahun Sarawak Merdeka” di bahagian atas muka hadapan sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada :
Urusetia,
Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Tema dan Logo
Sambutan 45 Tahun Sarawak Merdeka
d/a Jabatan Muzium Sarawak
Dewan Tun Abdul Razak
Jalan Tun Haji Openg,
93566 Kuching
Sarawak
(u.p. Encik Zakaria Bojeng)
Tel: 082-244232/244358
- Tarikh tutup pertandingan ialah pada 6 April 2008 jam 4:30 petang dan penyertaan yang diterima lewat dari tarikh ini tidak akan dilayan.
DOWNLOAD FORM (pdf)
|